Pelakon yang popular menerusi sitcom Friends, Matthew Perry telah meninggal dunia. Perkhabaran itu disahkan oleh portal TMZ.

Memetik laporan portal berkenaan, sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu bahawa pelakon berusia 54 tahun itu ditemui pada Sabtu di rumahnya Kawasan di Los Angeles, California, Amerika Syarikat dalam keadaan lemas.

Sumber berkata, responden pertama bergegas ke kediamannya selepas menerima panggilan yang melaporkan tentang serangan jantung.

Namun, masih tidak jelas di mana sebenarnya tragedi ini berlaku.

Sumber juga mengatakan dia ditemui dalam jakuzi di rumah. Tiada dadah ditemui di tempat kejadian.

Matthew Perry dikenali dengan peranannya sebagai Chandler Bing dalam sitkom popular '90-an Friends, yang ditayangkan selama 10 musim.

Wataknya adalah watak kegemaran peminat, begitu juga dengan penampilan, tingkah laku dan dialog yang turut dimimik oleh peminat di seluruh dunia.

Sumber: TMZ