Filem
Kemunculan Maskot Upin&Ipin Dan Ehsan Beri Keceriaan Kepada Si Cilik Sempena Tayangan Filem 'Dongeng Sang Kancil'
Kemunculan watak maskot Upin&Ipin termasuk Ehsan di pawagam di ibu kota semalam sempena tayangan filem 'Dongeng Sang Kancil' hari pertama dilihat meriah dengan kehadiran ibu bapa yang tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka sempena cuti persekolahan.
BERITA BERKAITAN: Filem 'Dongeng Sang Kancil' Dapat Sambutan, Jadi Pilihan Keluarga Sempena Cuti Sekolah
BERITA BERKAITAN: Dongeng Sang Kancil Mengimaginasikan Semula Karakter Popular Cerita Rakyat Dalam Sentuhan Moden
Gelagat watak maskot Upin&Ipin serta Ehsan dalam kembara mereka menemui peminat terutama si cilik menjadikan suasana di sekitar pawagam kelihatan riuh.
Kanak-kanak yang hadir juga dilihat terhibur walaupun hanya diberi peluang kira-kira 30 minit bersama maskot Upin&Ipi dan Ehsan.
Selain berpeluang mengabadikan kenangan menerusi potret yang diambil bersama ketiga-tiga maskot itu, pengunjung bertuah juga berpeluang menerima 'merchandise' daripada pihak penganjur.
Jangan lupa sertai kembara mascot Upin&Ipin Bersama Ehsan hari ini di TGV Rawang, TGV Central I-City dan GSC IOI City Mall.
Filem 'Dongeng Sang Kancil' yang memulakan tayangannya semalam, merupakan animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Teknik berkenaan memberi kelainan kepada penonton dengan penghasilan nafas baharu dalam filem berkenaan dengan menampilkan sentuhan moden senematik kepada penonton yang luar biasa.
Filem 'Dongeng Sang Kancil' merupakan kerjasama Astro Shaw selaku pihak pengedar dan pemasaran menjadi satu-satunya filem animasi tempatan untuk tahun 2024.
'Dongeng Sang Kancil' menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang temui penonton di pawagam dan ia mengisahkan tentang seekor Kancil bertekad membalas dendam atas kematian ibunya yang dibunuh kejam oleh Bayang Hitam.
Dengan bimbingan Gagak, Kancil memulakan pengembaraan penuh cabaran, berhadapan tiga pemangsa hebat: Helang Perkasa di langit, Gajah Belukar di daratan, dan Raja Buaya di sungai.
Dalam usahanya, dia perlu mengatasi setiap rintangan untuk menuntut keadilan.
Namun, ancaman semakin besar apabila Bayang Hitam mengalihkan sasarannya ke Hutan Rimba, menggugat seluruh kehidupan binatang di dalamnya.
Kancil mesti bertindak sebelum semuanya musnah.
Must-Watch Video