Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Kena Ambil Blood Test Untuk Cek” – Jaundice Masih Tinggi, Faye Kusairi Mohon Doakan Anak Sihat

Mya Amri 02/01/2021 | 03:55 MYT
Pelakon Faye Kusairi memohon orang ramai mendoakan kesihatan anak keduanya, Asha Azmi.
Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Faye memberitahu bacaan penyakit Jaundis pada anaknya itu masih lagi tinggi.
“Gini la gaya Asha hari itu kat Hospital Columbia Asia ketika menjalani rawatan phototherapy untuk rendahkan bacaan Jaundis dia.
“Semalam bacaan Jaundis Asha masih lagi tinggi. Minggu depan kena ambil blood test to check if there is any other complication.
“Doktor pun ada cakap bayi sekarang memang normally kena “prolonged jaundice” ni dan akan sembuh bila mencecah usia satu bulan nanti.
“Lama naw. All test should be taken to ensure baby kita takda sebarang complication. Asha akan sembuh soon. Insya-Allah… Doakan si Lesung Pipit ni ya?” coretnya.

A post shared by ???? ??????? ???????? (@fayekusairi)

BACA: Masih Jaundice Tapi dah Turun Sikit” – Faye Kusairi Dedah Wajah Anak, Pilih Nama…
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Asha cepat sembuh.
“Cepat sembuh baby Asha. Anak buah saya pun prolonged jaundice. Sekarang membesar dengan sihat,” komen @annamajeed
“Semoga Asha cepat sihat na... Kita pun ada pengalaman gini… Sebab darah O. Baby prolong, duduk wad sebulan, habis pantang gitu je,” coret @mrs.chimot90
Faye dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kii berusia 2 tahun.
#Faye Kusairi #Asha Azmi #Jaundis
;