Laman Utama

“Masih Jaundice Tapi Dah Turun Sikit” – Faye Kusairi Dedah Wajah Anak, Pilih Nama…

gempak
Mya Amri
29/12/2020
04:07 MYT
Sponsor Banner
“Masih Jaundice Tapi Dah Turun Sikit” – Faye Kusairi Dedah Wajah Anak, Pilih Nama…
Pelakon Faye Kusairi mendedahkan nama dan wajah cahaya mata keduanya buat kali pertama.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memilih nama yang ringkas dan indah iaitu Asha Azmi.
Nama anak keduanya itu dikongsi Faye menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Selain nama, entri tersebut juga turut disertakan dengan video comel Asha yang sedang tersenyum.
“Assalamualaikum semua... Kenalkan, ahli keluarga baru kami. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi.
“Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah… Terima kasih semua yang mendoakan Asha dan Mommy.
“Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat serta di rahmati oleh Allah S.W.T. Amin!” tulisnya.
Faye dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia 2 tahun.
Terdahulu, Faye sebelum ini mengalami penyakit Bell Palsy atau lumpuh sebelah muka berpunca daripada kehamilan.
Sekadar info: Bell Palsy merupakan sejenis kelumpuhan otot pada sebahagian wajah kerana saraf atau otot muka berhenti berfungsi.
Antara simptomnya adalah senget di bahagian sebelah muka dan mulut tidak simetri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024