Hiburan
Kenang Sambut Ramadan Di Penjara, Ameng: “Sahur Pukul 11 Malam, Kalau Tak Makan…”
Penyanyi Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
BERITA TRENDING: "Saya Takut Perceraian Saya & Mak Dia Beri Kesan Sampai Takut Nak Kahwin" - Ameng Lega Anak Sulung Bakal Berumah Tangga Julai Depan!
Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
PILIHAN PEMBACA: “Kalau Betul Sakit Kenapa Tidak Ke Hospital Dapatkan Rawatan, Kenapa Nak Guna Ganja?” Ameng Spring
Meski menyifatkan Ramadan sebagai sayu namun kata penyanyi Sampai Hati ini, ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
BERITA TRENDING: Difitnah Masih Hisap Dadah, Ameng Spring Buat Laporan Polis Terhadap Dua Pemilik Akaun Facebook
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.