Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kenapa Pula Ezzaty Abdullah Trauma Nampak Bumper Atas Jalan?

Amri Hassan 30/12/2020 | 05:39 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah mengakui masih berdepan perasaan trauma selepas kemalangan pada 11 Disember lalu.
BACA: "Bukan Sebab Mengantuk" - Ezzaty Abdullah Terlibat Kemalangan, Langgar Penghadang Jalan
Kongsi Ezzaty, biarpun tidak mengalami kecelakaan pada dirinya atau pembantu peribadinya, kemalangan itu meninggalkan kesan pada emosi.
"Saya dan pembantu peribadi tidak mengalami sebarang kecederaan pun akibat kemalangan itu. Cuma saya masih trauma apabila mahu membelok ke kiri dan akan tercari-cari sekiranya ada penghadang jalan atau tidak.
"Selain itu, saya akan rasa takut apabila ternampak bumper di tengah-tengah jalan. Mungkin sebab kejadian itu masih baru berlaku kepada saya," katanya kepada Gempak.
Ezzaty yang ditemui ketika penggambaran drama bersiri The Maids di Cyberjaya baru-baru ini berkongsi kejadian sebenar yang berlaku pada awal pagi awal Disember lalu.
"Selepas beberapa hari penggambaran saya kurang rehat dan kebetulan pada hari itu penggambaran habis pukul 1.30 pagi, dalam kepala saya asyik berfikir macam mana saya perlu sampai di set penggambaran kedua pada pukul 5 pagi hari sama.
"Jadi ketika penggunakan aplikasi pandu arah, tiba-tiba ada arahan perlu ke kiri sedangkan saya tahu jalan itu perlu kekal lorong sama.
"Ketika hendak membelok ke kiri saya mahu menukar lorong semula namun tiba-tiba ada lori di sebelah saya. Daripada langgar lori baik langgar pembahagi jalan, cuma nasib kami baik tidak apa-apa" ceritanya.
Tambah Ezzaty, dia berada di dalam keretanya lebih sejam selepas kemalangan itu kerana ketakutan untuk memaklumkan kejadian berkenaan kepada suami, Azwan Kombos.
"Tayar kereta pecah, bahagian hadapan calar dan bahagian dalam enjin juga pecah. Saya takut sampai terketar-ketar dan terpaksa duduk dalam kereta lebih sejam sebelum menghubungi Azwan.
"Kereta itu kesayangan dia, saya ni ibaratnya isteri nombor duanya. Ketika menelefonnya, mujur dia sangat okey dan tak marah langsung. Dia faham saya sebab penat," katanya yang pernah dimarahi Azwan sebelum ini akibat terlanggar lubang atas jalan.
#Kemalangan #Azwan Kombos #Ezzaty Abdullah #Kereta #Divider #The Maids
;