Berita
“Kenapa Sibuk Jadi Bidan, Doktor Atau Tuhan?”- Betty Rahmad Berang Dikecam Menyanyi Ketika Hamil
Pelakon Betty Rahmad berang apabila dirinya dikecam kerana menyanyi ketika sedang hamil.
Videonya menyanyikan lagu berjudul Semakin dari penyanyi popular Siti Sarah itu dimuat naik di akaun Instagram (IG) dan mendapat perhatian ramai.
Selain mendapat pujian kerana kelunakan suaranya, Betty turut menerima komen negatif netizen yang berpendapat ibu hamil tidak baik menyanyi dan sebagainya.
Adik kepada Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida itu berang dengan komen negatif tersebut dan meluahkan perasaannya menerusi sebuah entri di IG.
Betty memberitahu mengapa ramai mempersoalkan apa yang dilakukan sedangkan suaminya sendiri tidak pernah marah atau menghalangnya untuk menyanyi.
“Suami saya tak marah pun saya nak nyanyi. Kenapa awak sibuk jadi doktor, bidan atau tuhan?
“Kalau awak takde benda baik / positif nak comment, saya sarankan tak payah comment.
“Awak simpan je petua / pantang larang nenek moyang / kisah sedih buat pedoman diri & keluarga sendiri bila mengandung nanti.
“Saya tak dengar cakap orang sebab saya selalu fikir yang best-best dan positif & paling penting saya percaya semua milik Dia. Sekian terima kasih!” Luahnya.