Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Kepala Dihantuk, Pukul Pakai Penyapu” – Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah

Mya Amri 19/03/2018 | 06:14 MYT
Pelakon Zulin Aziz akui pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya.
Zulin berkongsi kisah pahit itu menerusi akaun Twitternya sebentar tadi kerana terkesan dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikannya.
Kata Zulin, walaupun kejadian itu berlaku ketika dia masih kecil namun dia tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Zulin mendedahkan kepalanya pernah dihantuk ke dinding, dipukul dengan menggunakan penyapu dan tidur dalam bilik air.
“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.
“Dulu masa kecik-kecik aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kat arwah abah. Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding. Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah.
“Aku mengadu sorang pun tak percaya. sebab bibik kemain baik depan dorang. Jiran aku indian, selalu nampak dan dengar aku kena bantai. Terima kasih jiran, walau wajah kau tak aku ingat, tapi aku nak terima kasih sangat.
“Bila ingat balik ya Allah. Takutnya keadaan aku waktu itu. Mak, ayah sibuk kerja. Oustation ke sana ke mari. Hish tak nak ingatlah. Tutup cerita. Allah,” tulisnya.
Foto: Twitter @iamzulinaziz / Instaram @zulinaziz
Teks oleh: Mya Amri
#pelakon #Zulin Aziz #Pelakon
;