Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kerana 'Kutey Buah Anggur', Syatilla Melvin Undang Komen Nakal Netizen

Amri Hassan 10/06/2019 | 10:19 MYT
Sekeping foto isteri kepada pelakon Shaheizy Sam, Syatilla Melvin bersama adik-beradik perempuannya dihujani kecaman dan pelbagai komen berbaur lucah.
Hal itu gara-gara tulisan kapsyen berseloroh Syatilla terhadap adiknya, Syifa Melvin.
"Wei @syifamelvin hang seronok ka orang duk kutey buah anggur hang? hmm budak-budak lani," tulis Syatilla.

Wei @syifamelvin hang seronok ka org duk kutey buah anggur hang?hmm budak2 lani??‍♀️ @kekasih_hq #satukekasihcukupke

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Bagi yang berfikiran terbuka, kata-kata itu sekadar gurauan sesama adik-beradik tanpa menyentuh mana-mana isu sensitif.
Malah, ada yang menyifatkan kata-kata sedemikian lumrah gurauan penduduk di utara Semenanjung Malaysia setiap waktu.
Namun, di sebaliknya, ada yang kurang faham jenaka terbabit dan menganggap kata-kata itu mengaibkan dan mengundang mata-mata nakal.
"Tak malu ke as muslim post macam ni. Mengundang mata-mata naka. Mengundang kata-kata tak baik.
"You public figure, ramai yang tengok, ramai yang like. Kalau jadi ikutan, you pun dapat saham dosa asma ajar perkara yang tak betul," tulis salah seorang pengguna.
Foto yang mendapat lebih 100,000 likes itu terus tular di media sosial hingga meraih lebih 1,200 komen pengguna.
#pelakon #Viral #Syatilla Melvin #Pelakon #Viral
;