Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kerana Wang, Ibu Muda Sanggup Rakam Adegan Tak Senonoh Dengan Anak

Awani 04/06/2024 | 10:21 MYT
Warganet gempar setelah sebuah rakaman video memaparkan seorang ibu muda tergamak mencabuli anak kandungnya sendiri menjadi tular di media sosial.

Suspek serah diri pada polis
Perbuatan tidak wajar itu dilakukan seorang wanita di Tangerang Selatan, Banten di Indonesia dikenali sebagai R, 22, ke atas zuriatnya yang berusia lima tahun.
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Jurucakapnya, Ade Ary berkata, peristiwa itu berlaku pada tahun lalu di rumahnya di Kecamatan Pondok Aren.

BERITA TRENDING: Tidur Tak Tutup Tingkap, Lelaki Dicabul Kera Dalam Bilik Hotel

"R sanggup membuat video lucah itu selepas dihubungi seseorang di Facebook pada Julai 2023. Pada mulanya, dia ditawarkan 'kerja' oleh individu itu yang menggunakan nama akaun Icha Shakila.
"Rupa-rupanya individu itu memperdaya R dan meminta gambarnya tanpa seurat benang dan menjanjikan bayaran wang. R yang terdesak memerlukan wang menuruti permintaan itu," ujarnya.

BERITA TRENDING: Azizul Khamis Sebak Kongsi Kenangan Bersama Jaafar Onn - “Ada Lagi Baju-Baju Yang Diberikan Arwah, Saya Pakai”

Ugut sebar gambar jika enggan buat video lucah
Menurutnya lagi, individu berkenaan kembali menghubungi R dan mengugut mahu menyebarkan gambar bogel miliknya jika enggan membuat video lucah bersama suaminya yang ketika itu tiada di rumah.
"R terpaksa akur kerana dijanjikan bayaran berjumlah 15 juta rupiah (RM4,344). Tetapi, pemilik akaun itu bertindak menyekat akaun miliknya setelah memperoleh video pornografi dengan anaknya. Wang yang dijanjikan juga tidak dibayar," jelas Ade lagi.

BERITA TRENDING: Lelaki Cabul Anak Tiri Berulang Kali Ketika Isteri Baru Sahaja Bersalin

Susulan insiden itu, R kini telah didakwa manakala pemilik akaun Icha Shakila tersebut sedang diburu pihak berkuasa.
Sumber: AWANI MENERUSI SINAR HARIAN
#Viral #Anak #Cabul #Tular #Ibu #Ibu Muda #Adegan Tak Senonoh
;