Viral
Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah Keluar..."
Rumah yang sering kali menjadi tumpuan untuk penggambaran filem, 'Rumah Biru' yang terletak di Kampung Baru dipercayai bakal dirobohkan.
Bakal Dirobohkan Kerana Projek?
Perkara itu dikongsikan oleh salah seorang pemiliknya, Shafiq Abdullah di Facebook yang menyatakan bahawa rumah yang mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu itu mungkin akan dirobohkan bagi pelaksanaan projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah berkenaan.BERITA TRENDING: "Sengsara Dia Buat Saya Bahagia!" - Wanita Bangga Rembat Suami Kakak Sendiri, Simpan Dendam Sejak Kecil
Menurut Shafiq, projek yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur itu akan mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan.“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024 untuk memberi laluan pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.
"Jabatan Perparitan dan Saliran Kuala Lumpur mengambil masa dalam tempoh empat tahun bagi menyiapkan projek ini.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun, dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah kami ini,” katanya.
BERITA TRENDING:Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"
Sementara itu, Shafiq turut menzahirkan rasa penghargaan kepada pihak yang menjadikan rumah itu sebagai salah satu lokasi untuk bergambar.“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar.
“Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” tambahnya lagi.BERITA TRENDING: "Saya Sedih, Berharap Mereka Datang Majlis Kahwin Saya..." - Syasya Rizal
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih terhadap keputusan yang dibuat."Entah kenapa aku yang sayu,"
"Allah sayangnya kalau kena roboh,"
"Tak ada dah lepas ni rumah ni."
BERITA TRENDING: Lelaki Warga Asing Lapah Kucing Ditahan Polis
Sekadar info, rumah ikonik itu selalu dijadikan lokasi penggambaran filem antaranya seperti Adnan Sempit, Remp-It, Impak Maksima dan banyak lagi.Must-Watch Video