Hiburan
Kerap Kongsi Foto Bertudung, Fasha Sandha Rasa Diri Banyak Kekurangan - “Saya Faham Ramai Sukakan…”
Perkongsian foto dan video di laman sosial memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mengenakan hijab mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Mohon doa
Mengakui ramai yang menyukai imej tersebut, Fasha atau nama sebenarnya Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan bagaimanapun mohon doa yang baik-baik untuknya.
"Saya faham ramai sukakan imej itu (bertudung). Ramai juga beri kata-kata semangat dan sokongan kepada saya.
"Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk saya yang serba kekurangan dan masih banyak perkara perlu diperbaiki," katanya kepada Gempak.
Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sambutan ulang tahun kelahiran ke-10 anaknya iaitu Putri Raysha Jemyma yang diadakan di Popkidspool, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Watak bertudung
Kerap berkongsi foto bertudung, pelakon berusia 40 tahun itu berkata ia merupakan salah satu watak dibawanya dalam drama bersiri Dzikir terbitan Astro.
"Itu watak saya dalam drama Dzikir terbitan Astro, masih dalam proses penggambaran," ujarnya.
Rata-rata netizen di laman sosial turut memuji imej Fasha apabila mengenakan hijab dan mendoakan agar isteri kepada aktor Aidil Aziz itu terbuka hati untuk menutup aurat dengan sempurna.