Hiburan

Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

gempak
Firdaus
14/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah
Pelakon, Fasha Sandha berkongsi pendapatnya berkaitan pengakhiran kisah rumah tangga sahabat baiknya, Nur Fazura dan Fattah Amin yang sah bercerai pada 7 Oktober lalu.

Doa Yang Terbaik

Tidak menyebelahi mana-mana pihak, Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti itu.

"Saya doakan yang baik-baik pada Fazura dan Fattah...

“Sebagai seorang sahabat, saya doakan yang baik-baik pada Fazura dan Fattah. Kita tidak tahu mungkin perkara yang mereka alami sekarang ini akan membuatkan mereka lebih rapat satu hari nanti,” katanya.
Disoal berhubung reaksinya melihat rakan baiknya dikecam, Fasha menyatakan bahawa Fazura merupakan seorang wanita yang kuat untuk menghadapi segala situasi meskipun dikritik teruk oleh netizen.
“Saya rasa Fazura seorang wanita yang kuat. Saya yakin dia tetap akan kuat walaupun dikecam sebab dia seorang ibu. Seorang ibu ini selalunya mempunyai satu kekuatan yang luar biasa.
“Mungkin apa yang terjadi itu, bila buat sesuatu kita tidak tahu apa yang dia lalui. Kita tak dapat baca isi hati dia. Jadi, jangan terlalu mengecam dan menghina.
“Sebaiknya, jangan keterlaluan. Berikan mereka ruang. Kita tak boleh menghakimi orang lain. Saya rasa perkara itu tidak wajar,” ujarnya.
Selain itu, Fasha turut menyifatkan perkahwinan sebagai pinjaman daripada Sang Pencipta untuk setiap pasangan.
“Saya sentiasa menganggap perkahwinan ini satu pinjaman. Saya tidak tahu pinjaman ini sampai bila. Tapi, dalam masa yang sama saya mahu pinjaman ini berkekalan ke akhir hayat.
“Kalau pinjaman ini untuk sementara, apa kita boleh buat. Itu semua dah ditakdirkan. Yang penting, kita suami isteri buat yang terbaik,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

BERITA TRENDING: ”Dah Lama Perasan Sebenarnya, Tapi…” - Netizen Approved! Wajah Fattah Amin Dikatakan Seiras BTS Jungkook Versi Malaysia

BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

BERITA TRENDING: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

Mengulas berkenaan isu sekufu dalam rumah tangga, Fasha menjelaskan seorang isteri perlu meletakkan suami di paras yang tertinggi meskipun lebih berjaya dan berkemampuan berbanding mereka.
“Pada saya, sekufu atau tidak, itu nombor dua. Apabila kita bergelar isteri, kita di bawah suami kita. Walaupun kita lebih kaya, berharta dan berjaya, suami kita tetap di atas kita. Saya akan pastikan Aidil suami saya, dan saya menghormati dia.
“Tidak dinafikan perkahwinan adakalanya kita tidak sependapat sebab pendapat lelaki dan perempuan berbeza. Tapi kami selalu mengalah. Nak kata saya sempurna, tidak. Tapi, saya buat yang terbaik buat anak-anak kami bersama,” ujarnya.
Sekadar info, Fasha telah dinobatkan sebagai Aktres Filem Popular di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024