Viral
Kereta Elak Motosikal Terbabas Sebabkan 7 Kenderaan Kemalangan
Baru-baru ini tular di Platform X tentang satu video memaparkan sekumpulan penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan di Kilometer 5.4 Jalan Ismail Sultan menghala ke Johor Bahru.
Menurut sumber, difahamkan kejadian itu berlaku akibat daripada sebuah kereta yang tiba-tiba menukar laluan kanan ke kiri bagi mengelak melanggar motosikal terbabas, yang tidak dialihkan di lorong kanan.
BERITA TRENDING: Ismail Izzani Kemalangan Tunggang Motosikal, Alami Cedera Ringan - "So Far So Good, Alhamdulillah Okey"
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 9.21 malam itu bermula apabila dua buah kereta jenis Mazda dan Kia masing-masing cuba mengelak motosikal yang terbabas di lorong kanan.
“Tindakan berkenaan menyebabkan sebuah motosikal yang bergerak lurus tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta Kia.
"Kemudian disusuli pelanggaran empat motosikal sesama sendiri yang juga datang dari arah belakang," katanya.
Tambahnya lagi, dua mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Aminah, manakala empat lagi penunggang mengalami kecederaan ringan.Bersepaiii pic.twitter.com/z7eYVHnyvK— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) February 12, 2024
“Kemalangan menyebabkan dua mangsa parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah di sini, manakala empat penunggang motosikal yang lain mengalami cedera ringan.
“Kedua-dua pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan," jelasnya.
Sekadar info, sebanyak tujuh kenderaan termasuk lima motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Kes di siasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Berita Harian
Must-Watch Video