Penyanyi Ismail Izzani mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan dan kaki akibat berdepan kemalangan ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi pada malam Khamis.

BERITA TRENDING:​ Dituduh Hamilkan Anak Gadis, Syarikat Pengurusan Ismail Izzani Mahu Saman

Berkongsi di Instagram Stories, Ismail memberitahu dia terselamat daripada kemalangan itu.

"Cedera tangan jer, so far so good, Alhamdulillah okey," kata Ismail dalam satu hantaran video teman rapatnya yang turut berada di lokasi sama.

Sejurus kejadian, Ismail mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dan melihatkan keadaan tangan dan kakinya berbalut akibat kemalangan terbabit.

Sementara motosikal berkuasa tinggi miliknya alami kerosakan pada bahagian depan dan sisi.

Usaha Gempak untuk mendapatkan komen lanjut dari Ismail gagal.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Tak Hipokrit, Saya Pergi Situ Ada Tujuan…”- Ismail Izzani Mengaku Masih Ke Kelab Malam