Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Kerjasama Dengan PDRM Disalah Anggap & Banyak Pihak Telah ..." - Tauke Nak Saman Penyebar Fitnah

Amri Hassan 18/08/2021 | 22:50 MYT

Pelawak Tauke akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menyebarkan fitnah dan berita palsu mengenainya.

BACA: Tauke Tak Bawa Peralatan Seks, Cuma Petai & Rambutan Gading Untuk Isteri
Jelas Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 45, menerusi hantaran Instagram Stories memberitahu peguamnya telah memulakan langkah mengumpul bukti yang mencalarkan nama baiknya.
"Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.
"Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai.
"Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini. Sekian," tulisnya.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Polis ketika itu berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa selain menemui bungkusan kondom.
Bagaimanapun, selepas berita itu tular, Tauke mendakwa pelawak yang ditahan bukan dirinya.
BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan..." - Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia
BACA: Pelawak Didakwa Bapa Ayam Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

#Viral #Pelawak #saman #Tauke #Polis #PDRM #Fitnah #Bapa Ayam
;