Hiburan

Kes Aliff Syukri & Wani Comel: Peguam Tegaskan Penting Baca & Faham Kontrak Sebelum Tanda Tangan

Zulaikha Yusof
11/12/2020
02:05 MYT
Sponsor Banner
Kes Aliff Syukri & Wani Comel: Peguam Tegaskan Penting Baca & Faham Kontrak Sebelum Tanda Tangan
Kemelut antara usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan seorang gadis obesiti, Wani Comel belum menemui titik noktah.
BACA: "Carilah Kerja, Kaki & Tangan Dah Ada, Saya Bukan Pusat Kebajikan" - Datuk Aliff Syukri Perjelas Dakwaan Wani Comel
Isu berkenaan bukan sahaja menarik perhatian wargamaya malah seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor.
Menurut Zabetha, adalah penting untuk membaca dan memahami kontrak dahulu sebelum menandatangani.
"Dalam undang-undang secara asasnya, selagi mana pihak-pihak tidak dipaksa, diugut, ditipu, salah disisi undang-undang atau atas sebab salah representasi (penyampaian sesuatu yang tidak benar) maka perjanjian itu akan masih kekal berkuatkuasa.
"Bermaksud, selagi mana pihak-pihak diberikan ruang membaca dan tiada elemen-elemen di atas maka perjanjian adalah sah.
"Seksyen 19 Akta Kontrak memperuntukkan bahawa perjanjian perlu ditandatangani dengan kerelaan pihak-pihak tetapi sekiranya kerelaan itu diperolehi secara paksa, ugutan, penipuan dan salah representasi jadi kontrak adalah tidak sah.
"Jadi sekiranya kita memperolehi perjanjian, kita perlu baca dahulu, kalau tidak faham dapatkan nasihat dari rakan-rakan sekeliling atau yang lebih pakar seperti peguam.
"Kalau kita tidak diberikan peluang untuk membaca dan dipaksa kita tandatangan, disuruhnya kita segera tandatangan, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau kontrak berat sebelah. Cuba elakkan. Kerana jika sudah ditandatangan, anda adalah terikat dengan terma-terma," tulisnya.
Tambah Zabetha, tidak wajar hanya mendengar satu atau dua klausa perjanjian yang dibacakan ketika sidang media kerana sepatutnya mengetahui keseluruhan terma kontrak.
"Wani mengesahkan, memang ada kontrak dan dia disyaratkan untuk menjalani pembedahan pintasan usus bagi mengurangkan berat badan dan segala kos ditanggung oleh pihak sana.
"Kata Wani juga bahawa pada asalnya dia tidak boleh berjalan dan kemudian boleh berjalan kerana pembedahan dan dia menjaga makan. Alhamdulilah, kesan yang bagus untuk Wani. Bagus juga kerana ditanggung oleh Aliff Syukri.
"Berkenaan dakwaan Wani bahawa dia juga menanggung sakit dan kesan selepas pembedahan, dia tidak boleh makan makanan berat. Pasti akan rasa sakit.
"Biasanya bagi prosedur pembedahan perubatan ini, pakar perubatan dan kumpulan perubatan akan menerangkan dahulu kepada pesakit berkenaan prosedurnya, kesannya dan lain-lain. Ini adalah praktis dan amalan seorang pengamal perubatan.
"Jadi saya percaya pembedahan pintasan usus atau pembedahan Bariatric ini bakal dijelaskan kepada pesakit, apa entah lagi, prosedur ini perlu cara penjagaan selepas pembedahan dan bakal berlaku kesan.
"Bermakna, selepas pembedahan itu Wani masih perlu menjaga makan. Kita juga tidak tahu berkenaan terma sekiranya Wani gagal mematuhi terma iaitu menguruskan badan, maka perjanjian adalah terbatal.
"Sekiranya benar dakwaan Wani bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja selepas pembedahan dan sekiranya Wani telah menjalankan usaha, maka Aliff Syukri tidak wajar.
"Tetapi jika Wani sendiri yang tidak memenuhi kontrak dengan meneruskan memakan produk dan menguruskan berat badan. Maka, Wani adalah tidak wajar. Seperti saya katakan kontrak harus dilihat dari keseluruhannya.
"Jadi dalam konteks ini kita perlu lihat sama ada terdapat penganiayaan kontrak. Dalam kes ini, apabila menonton sidang media, saya tidak dapat tangkap di mana isu penganiayaan kontrak. Sebelum kita mengadili, perlu kita tahu keseluruhan terma kontrak itu.
"Adalah tidak wajar kita mendengar satu atau dua klausa perjanjian yang dibacakan oleh peguam Wani dan yang dikatakan berat sebelah itu, terus kita mengadili. Bagaimana dengan terma yang lain?
"Kerana di mahkamah, jika kita ingin mencabar sesuatu perjanjian, perjanjian itu perlu dibaca dan dilihat dari keseluruhannya. Bukan memilih satu atau dua yang tidak adil.
"Bagaimana pula Klausa yang lain? Kerana yang dua ini, adakah menjadikan keseluruhannya tidak adil? Dalam satu perjanjian ini, biasanya ada menyenaraikan tanggungjawab pihak-pihak," tulis peguam itu di laman Facebook.
Jelasnya lagi, sidang media sekadar tempat untuk pemberitahuan jadi seeloknya dibawa terus ke mahkamah.
"Sidang media bukanlah mahkamah untuk kita menuntut, ianya hanyalah pemberitahuan dan biasanya satu pihak sahaja. Biasanya mungkin berakhir dengan penilaian yang mungkin betul atau mungkin salah.
"Hal-hal seperti kes Wani seeloknya kita teruskan di mahkamah, biar mahkamah putuskan. Sudah dapat keputusan, buatlah kenyataan media selaras dengan keputusan kes. Lebih selamat. Kenyataan berdasarkan keputusan dan dapatan mahkamah," tulisnya lagi.
Facebook: Nor Zabetha​
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar