Hiburan

Kes Fitnah Dakyah Freemason Shuib, John Dhani Selesai - “Hasil Duit Saman Semua Akan Disalurkan Ke Tabung Palestin”

Umirah Halim
10/01/2024
04:30 MYT
Sponsor Banner
Kes Fitnah Dakyah Freemason Shuib, John Dhani Selesai - “Hasil Duit Saman Semua Akan Disalurkan Ke Tabung Palestin”
Selepas lima bulan, pelawak dan usahawan, Shuib menarik nafas lega apabila kes fitnah antaranya dengan individu yang dikenali sebagai John Dhani sudah selesai.
Shuib menerusi hantaran video di media sosial telah memaafkan John Dhani dan menghalalkan segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
"Alhamdulillah harini 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah Raissuddin.
"Hampir 5 bulan dan harini semuanya telah pon terjawab.Fitnah kamu John Dhani adalah langsung tidak berasas dan tidak masuk akal!
"Tetapi atas dasar ikhsan dan profesional,saya maaf kan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya.
"Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tidak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu di bayar.
"Hasil duit saman semua akan disalurkan ke Tabung Palestin dibawah Yayasan Nurjiwa,” tulis Shuib menerusi perkongsian video tersebut.

Artikel Berkaitan: Shuib Saman John Dihani: "Saya Akan Adakan Masa Untuk Dia"

Dalam pada itu, video yang dikongsi tersebut turut memaparkan John yang membacakan kenyataan maaf berkaitan dengan kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dibuat terhadap Shuib dan arwah Siti Sarah.
Susulan daripada tersebut, John telah membuat permohonan maaf secara terbuka, namun Shuib tetap bertegas mahu mengheretnya ke muka pengadilan sekali pun individu itu telah memohon maaf.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar