Laman Utama

Shuib Saman John Dihani: "Saya Akan Adakan Masa Untuk Dia"

gempak
Maliah Surip
10/08/2023
05:45 MYT
Sponsor Banner
Shuib Saman John Dihani: "Saya Akan Adakan Masa Untuk Dia"
Selebriti dan usahawan, Shuib meneruskan hasrat menghantar saman kepada salah seorang pengguna media sosial yang disifatkan memfitnahnya baru-baru ini selepas individu tersebut menarik semula permohonan maaf dan melantik peguamcara untuk tindakannya kepada beliau.
BACA: Penyebar Fitnah Shuib, Zulhari Minta Maaf: “Saya Khilaf, Saya Bertanggungjawab”
BACA: Selepas Maafkan Zulhairi, Shuib Bakal Buru Lagi Pengguna Media Sosial Biadab, Mahu Heret Ke Mahkamah
Shuib menghantar saman kepada peguamcara Md Johan Dihani Mohd Zaidi,37, atau pengguna akaun Facebook @Johndihani menerusi Tetuan Zharif Nizamuddin, semalam.
“Kami akan membuat serahan melalui peguam defendan selepas membuat writ saman (semalam). Setakat ini, itu sahaja perkembangan kes ini,” ujar Syed Afiq Syed AlBakri dari Tetuan Zharif Nizamuddin dalam sidang akhbar isu saman netizen yang difailkan Shuib di BubbleBee, Tasik Permaisuri.
Sementara itu, Shuib menegaskan dirinya sudah bersedia untuk ‘turun naik’ mahkamah demi mendapat keadilan tentang fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah Raisuddin.
“Jika ada yang kata leceh naik turun mahkamah tapi saya sudah bersedia untuk itu.
“Saya tahu tapi untuk dia saya okay. Saya akan adakan masa untuk dia," kata Shuib.

Johd Dihani padam permohonan maaf!

Saman terhadap Md Johan diteruskan selepas Shuib mendapati permohonan maaf yang dibuat menerusi Instagram Story pada 4 Julai 2023 dipadam.
Md Johan pada 10 Julai melalui peguamcara menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada Shuib.
“Jadi pada 4 Julai dia telah membuat permohonan maaf. Kemudian memadamkannya.
“Pada 10 Julai pula melalui peguamcara dia menafikan tindakannya (fitnah) kepada saya.
“Kerana itu saman ini diteruskan,” jelas Shuib.

Saman untuk beri pengajaran

Shuib juga menjelaskan meneruskan saman bukan atas kepentingan peribadi tetapi untuk memberi pengajaran kepada semua pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Saya serahkan pada mahkamah untuk buat penilaian (keputusan).
“Tapi saya teruskan saman bukan utk saya individu tapi untuk yang lain lain juga sebab saya rasa penggunaan media sosial terlalu melampau , salah guna ada orang tak bersalah jadi mangsa, lancang dan lantangnya penggunaan media sosial,” tegas Shuib.
Terdahulu Shuib mengambil tindakan terhadap dua pengguna media sosial selepas menuduh dia merupakan anggota sebuah organisasi Freemason selain seperti sengaja membiarkan arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin ditidurkan sekaligus meninggal dunia kerana jangkitan COVID 19 dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live