Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kes Kehilangan Menjadi-Jadi, Ustaz Jafri Kongsi Doa Keselamatan Keluar Rumah

Gempak 17/08/2024 | 01:55 MYT

Setiap hari, ada sahaja berita kehilangan insan tersayang dilaporkan media.

Bahkan lebih menyayat hati apabila pengakhirannya berlaku pelbagai kejadian buruk yang tiada siapa pun inginkan seperti pembunuhan, penculikan dan sebagainya.
Terbaharu, kehilangan Nidza Afham Mokhtar pada petang Selasa terjawab apabila mayatnya ditemukan terapung di Sungai Klang, Selangor pada pukul 7.30 malam, Rabu.

Ustaz Jafri

Bimbang dengan kes kehilangan yang semakin bertambah saban tahun, pendakwah Ustaz Jafri Abu Bakar Al Mahmoodi tampil berkongsi sepotong doa yang diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum berkongsi doa tersebut, beliau sempat menyatakan kerisauannya terhadap kejadian kehilangan orang yang semakin bertambah.

“Kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pemuda bernama Nidza Afham, yang jenazahnya ditemui terapung di dalam Sungai Klang. Kita ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarganya.

“Sekarang ini semakin menjadi-jadi berita kehilangan. Ia bukan setakat melibatkan anak-anak kecil, bahkan orang dewasa juga sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Harap Proses Bedah Siasat Berjalan Lancar - “Setakat Ini Tak Tahu Ada Kecederaan Atau Tidak”

​ARTIKEL BERKAITAN: Abang Ipar Nidza Afham Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Tidak Benar - “Berkatalah Benda-Benda Yang Baik”

​ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Aufahanie Dedah Nidza Afham Pernah Cakap Mahu Jadi Terkenal - “1 Malaysia Kenal Sekarang Tapi Bukan Macam Ini”

​ARTIKEL BERKAITAN: “I Love You Am, Bahagialah Di Syurga Firdausi” - Aufahanie

​ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah Cakap Masa Laungkan Azan Dia Sudah Ada Firasat Afham Berada Di Situ” - Kakak Aufahanie

“Dalam laporan Polis Diraja Malaysia, purata 900 kes kehilangan dilaporkan setiap tahun dan dari tahun 2017 hingga 2021, kira-kira 10,000 laporan kehilangan telah dibuat. Ini sangat menakutkan,” katanya.

Menurut beliau, doa yang diajar Baginda SAW adalah seperti berikut:
“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya.”
Doa tersebut diambil daripada sepotong hadis Rasulullah SAW:
“Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla walaa quwwata illa billah’, maka dikatakan ketika itu, ‘Kamu akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi’. Malah syaitan juga akan menjauh daripada kamu. Syaitan yang lain akan berkata: ‘Bagaimana kamu ingin mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, dicukupkan dan diberikan perlindungan Allah SWT?” (Hadis Riwayat At-Tirmizi).
Beliau mengajak semua untuk mengajar diri dan seluruh ahli keluarga agar beramal dengan doa ini supaya berada dalam penjagaan Allah SWT apabila keluar dari rumah dan dijauhkan daripada perkara-perkara tidak diingini.
Sumber: Sinar Harian

#Doa Keselamatan Keluar Rumah #Ustaz Jafri
;