Hiburan
Abang Ipar Nidza Afham Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Tidak Benar - “Berkatalah Benda-Benda Yang Baik”
Abang ipar kepada Allahyarham penyanyi Nidza Afham iaitu Effie Amron memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian adik iparnya itu.
Banyak Spekulasi Tidak Benar
Menurut Effie, dia mendapati terlalu banyak rekaan cerita tidak benar mengenai arwah yang dicipta di media sosial kini.
Malah, Effie turut berharap semua pihak berkata dan mendoakan yang terbaik.
“Terlalu banyak rekaan spekulasi, konspirasi dan kronologi netizen semua.
“Jaga diri semua, jaga diri, jaga diri dan tolong jaga diri baik baik.
“Berkatalah benda benda yang baik. Bila kita jadi baik nanti ramai sayang, Allah pun sayang,” tulisnya.
Tambah Effie lagi, dia reda dengan pemergian Nidza malah menyifatkan adik iparnya itu seorang yang baik.
“Abang Effy redha, Am.
“Al-Fatihah. Kau budak baik, sangat baik,” kongsinya.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.
Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.
Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak Aufahanie Dedah Nidza Afham Pernah Cakap Mahu Jadi Terkenal - “1 Malaysia Kenal Sekarang Tapi Bukan Macam Ini”
ARTIKEL BERKAITAN: “I Love You Am, Bahagialah Di Syurga Firdausi” - Aufahanie
ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah Cakap Masa Laungkan Azan Dia Sudah Ada Firasat Afham Berada Di Situ” - Kakak Aufahanie
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tenang Jawab Exam, Aufahanie Terkesan Dengan Pemergian Nidza Afham - “Dah Habis Air Mata, Dari Semalam Tak Tidur & Makan”
ARTIKEL BERKAITAN: Aufahanie Kongsi Abang Luah Hasrat Mahu Berkahwin - “Nidza Afham Manusia Paling Baik, Paling Rapat”
ARTIKEL BERKIATAN: Nidza Afham Pernah Repost Video Tentang Kematian - “Kadang-Kadang Allah Cabut Nyawa Kita …”
ARTIKEL BERKAITAN: “Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahuakbar,” - Kakak Nidza Afham
ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Lelaki Ditemui Di Sekitar Jambatan Sungai Klang, Dipercayai Nidza Afham
ARTIKEL BERKAITAN: Yakin Tiada Unsur Dendam, Ibu Harap Nidza Afham Ditemui Dalam Keadaan Selamat - “Saya Dah Puas Menangis Tapi Masih…”
Must-Watch Video