Hiburan
Kes Khalwat Dengan Ruhainies, Aliff Aziz Dah Beri Kerjasama Pada Jawi - “Doakan Yang Baik-Baik, Semoga Selesai”
Penyanyi, Aliff Aziz memaklumkan sudah memberikan kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung kes khalwat yang membabitkan dirinya dan pelakon, Ruhainies.
Berharap kes diselesaikan sebaik mungkin
Menurut pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz, 33, dia yang sedang menunggu prosedur seterusnya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera.
“Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.
"Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang." katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.
Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.
Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Untuk info, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.
Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada 13 Jun.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terbaharu, pasangan ini akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai
BERITA TRENDING: Enggan Bersalaman Dengan Aliff Aziz Buat Kali Terakhir, Bella Astillah Jawab - “Biarlah Masa Menjawab Segalanya”
BERITA TRENDING:Aliff Aziz Serah Hak Penjagaan Anak Pada Bella - “Sebab Dia Ibu Kandung”
BERITA TRENDING: “Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun