Hiburan

“Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah

gempak
Mya Amri
13/06/2024
06:19 MYT
Sponsor Banner
“Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah
Ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah bersyukur selepas kemelut rumah tangga anaknya bersama penyanyi Aliff Aziz akhirnya selesai.

Ibu Bella lega

Menurut Siti Zarina, dia berasa lega kerana proses penceraian Bella dan Aliff berakhir dengan baik.
“Alhamdulillah, daripada malam tadi saya berdoa. Walaupun kita baru sahaja sampai dari Jakarta pagi tadi.
“Syukur semuanya sudah selesai. Doa yang baik-baik itu sahajalah,” ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya andai kata ada ruang untuk Bella dan Aliff berbaik, Siti Zarina enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Ya Allah, yang itu…” katanya tergantung.
Terdahulu, Aliff, 33, melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, tengah hari tadi.
Kes tersebut didengar di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat sekitar jam 1 petang dan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
"Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini," lafaz Aliff.
Bella kelihatan tenang ketika lafaz itu dibuat bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.
BERITA TRENDING: “Saya Menceraikan Isteri Saya Dengan Talak Satu,” - Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Bercerai
Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

BERITA TRENDING: Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih,Memang Nak Cerai”

BERITA TRENDING: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

BERITA TRENDING: “Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz

BERITA TRENDING: Tak Perlu Panjang Cerita, DSV Nasihat Aliff Aziz Move On

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live