Viral

Kes pukul OKU: Pempengaruh Ditahan Bantu Siasatan Keluar Kenyataan Ugut

Gempak
26/01/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Kes pukul OKU: Pempengaruh Ditahan Bantu Siasatan Keluar Kenyataan Ugut
Seorang pempengaruh ditahan bagi membantu siasatan susulan mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan serta mendatangkan kegusaran awam berhubung kes pukul melibatkan orang kurang upaya (OKU) kategori mental.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Ja'afar berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Segamat, Johor pada pukul 6.55 pagi Ahad.
"Satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 40 tahun itu pada jam 7.33 malam, Khamis lalu mengenai satu hantaran di aplikasi media sosial milik seorang pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan dan mendatangkan kegusaran awam berkaitan kes OKU dipukul.
"Susulan itu, lelaki berkenaan telah ditangkap di sebuah hotel di Segamat, Johor dan suspek kini ditahan reman sehingga esok untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di Kemaman, pada Ahad.
Justeru, Wan Muhammad berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Minggu lalu, Sinar Harian melaporkan insiden seorang lelaki dipukul di hadapan orang ramai di pasar pagi Jalan Padang Astaka, Chukai, di Kemaman.
Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan, lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh dan bertaburan di atas jalan.
Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah bertindak memukul mangsa.
Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi 1 minit 52 saat mengenai kejadian tersebut tular di media sosial.
Sumber - Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024