Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”
Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia pernah berhabis duit hanya untuk bermain permainan judi ketika waktu mudanya satu ketika dahulu.
Alami Kerugian
Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, Shuib mengakui ketagihan bermain permainan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit.
“Banyak duit dah aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah ‘bet’ RM150 ‘per spin’ (setiap pusingan). Dalam satu minit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat ‘spin’.
“Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit? Bila aku main dulu, banyak dah aku rugi sampai tak terkira berapa kerugian. Aku dulu punyalah tak ada duit, sampai kering langsung,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"
ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’
ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa
ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Dedah Shuib Bagi Pinjam Wang Sehingga RM10,000, Nabil Ahmad & Ebby Yus Pula Terus ‘Bank In’ - “Ada Yang Sampai Bini Suruh Block”
Kena Kepung Dengan Gangster
“Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu. Dia anggap aku dah ‘game’ mesin itu.
“Dia siap ‘call’ panggil beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu. Sampai ja diaorang di situ, diaorang panggil aku dan Shuk ke bilik belakang dan terus dia cakap, ‘Shuib, kau ini artis. Kenapa kau main mesin?’
“Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’.
“Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main dah lepas itu,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Shuib melahirkan rasa syukur kerana kejadian itu telah menyedarkan dirinya untuk tidak lagi terjebak dengan permainan tersebut.
“Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,” katanya.