Hiburan

Ketiadaan Yassin Beri Kesan Kepada Wahid Senario - “Dengan Tanpa Malunya, Saya Kata Dia Adalah Sumber Rezeki Saya”

Asyikin Mayudin
01/02/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Ketiadaan Yassin Beri Kesan Kepada Wahid Senario - “Dengan Tanpa Malunya, Saya Kata Dia Adalah Sumber Rezeki Saya”
Ahli kumpulan Senario, Wahid mengakui dia sangat terkesan dengan ketiadaan rakannya iaitu pelawak Yassin sejak beberapa bulan lalu.

Sumber rezeki

Enggan berkongsi punca ketiadaan Yassin Yahya, Wahid bagaimanapun berkata dia dapat rasai kehilangan rakannya yang selama ini menjadi sumber rezeki buatnya.
“Bagi saya, dia (Yassin) adalah sumber rezeki untuk saya. Sejujurnya, ketiadaan Yassin membuatkan ada aktiviti saya, bukan kata Senario, tapi saya sendiri rasa bila Yassin tak ada.

“Kalau Yassin ada, mesti rezeki banyak. Sebab dia rajin mencari show. Saya tahu balik Ipoh, saya tidur… cukup masa, Yassin akan hubungi saya beritahu kita ada show.

“Dia, Azlee dan Pak Ya… Yassin dan Azlee antara yang banyak cari show untuk kami. Sebab yang lain semua pemalu,” kata Wahid kepada Gempak.
Wahid berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama duta Jakel di Jakel, Shah Alam, pada Sabtu.

Momen terakhir

Dalam pada itu, Wahid juga meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menghantar Yassin ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lalu.
“Kalau tengok TikTok dan IG saya ada buat video berlatarkan lagu ‘kawan’ dan ada gambar saya peluk dia… itulah momen terakhir saya bersama dia.

“Saya tak dapat hantar Yassin dan Azlee ke airport sebelum ini untuk tunai umrah. Saya lagi terasa la sebab bagi saya, dia ada sumber rezeki saya. Dengan tanpa malunya, saya cakap dia sumber rezeki saya.

“Bila dia tak ada, sesuatu benda yang hilang bagi saya,” ujarnya.
Sebelum ini, ketiadaan salah seorang anggota kumpulan pelawak legenda, Senario iaitu Yassin Yahya sejak beberapa bulan lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Boleh Buat Spekulasi & Andaian..." - Saiful Apek Enggan Ulas Lanjut Hal Berkaitan Yassin

ARTIKEL BERKAITAN: Miliki Ganja Ketika Umrah: Pelawak Popular Dipenjara 6 Bulan Di Jeddah

Biarpun Yassin dilihat aktif dalam Instagram (IG) dengan memuat naik beberapa hantaran pada bahagian 'story' dan 'feed', setiap hari, namun ketiadaannya untuk melengkapkan anggota Senario dilihat sedikit menghampakan peminat.
Pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah sejak Oktober, tahun lalu masih belum terjawab.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024