Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ketiak Pemandu E-Hailing Berbau, Penumpang 'Separuh Mati' Tahan Nafas - "Kami Faham Sibuk, Tapi..."

Gempak 28/12/2023 | 08:55 MYT
Satu perkongsian baru-baru ini tular di media sosial TikTok apabila dua orang pelanggan menunjukkan diri mereka 'tersiksa' dengan bau badan pemandu e-hailing.
Menerusi video berdurasi 20 saat yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai Ninie, dapat dilihat dia dan kawannya menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau dalam kenderaan tersebut.

BERITA TRENDING: Makanan Lambat Sampai, Pelanggan Maki Rider P-Hailing - “Dekat Sejam Lebih S*al"

"Kepada Abang Grab, tolonglah pakai ubat ketiak ye. Kami faham sibuk bekerja, tapi kena faham juga kami di belakang hampir separuh mati," tulisnya.
undefinedMenjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sendiri berada dalam situasi yang serupa dengan entri berkenaan.
Antara komen yang diterima:
"Saya pun pernah kena bau ketiak, sampai tak boleh bernafas. Setiap kali pergi mana-mana, siap letak perfume dalam handbag saya,"
"Saya pernah, dari Rawang ke Tun Razak Exchange, bau ketiak ada pedas-pedas sikit terpaksalah tarik nafas sikit-sikit."
Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa perkara itu tidak sepatutnya dimuat naik kerana risau boleh memalukan pemandu.
"Kalau pun tahu dia bau ketiak ke apa, boleh je jaga hati dia,"
"Doktor aku bau ketiak kuat juga, tapi tegur dengan baik sebab tak nak dia malu depan doktor-doktor lain. Kasihan dekat dia."
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 70,000 tanda suka dan 2 juta tontonan.
Sumber: TikTok
#Viral #TikTok #E-hailing
;