Laman Utama
Makanan Lambat Sampai, Pelanggan Maki Rider P-Hailing - “Dekat Sejam Lebih S*al"
Kerja penghantaran makanan sememangnya bukan tugasan yang mudah untuk dilakukan kerana perlu berhadapan dengan segala macam cabaran terutamanya karenah pelanggan.
Dalam satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, dia berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan seorang pelanggan memaki rider p-hailing kerana makanan yang dipesan lewat dihantar.
Dalam pada itu, pengguna Facebook itu sempat mendidik warganet tentang bagaimana sistem p-hailing berfungsi dan kadang kala menyebabkan makanan yang dipesan lewat dihantar oleh rider.
“Order makan ni, order masuk ke vendor, bila vendor terima order, vendor akan siapkan order dan dalam masa yang sama order ni akan mencari rider.
“Dalam kes ni order masuk ke vendor, tapi tak jumpa rider yang nak ambil. Tu yang pelanggan kena sidai,” tulis pengguna tersebut.
BERITA TRENDING: Parents Toksik! Minta Separuh Gaji Anak-Anak, Paksa Buat Loan & Bayarkan Komitmen Bulanan - "Kitorang Dah Tak Tahan"
Menerusi hantaran itu, majoriti menyelar sikap pelanggan itu yang disifatkan sebagai kurang ajar.
“Cancel je kalau kena macam ni. Padan muka,” komen seorang netizen.
“Mana adabnya?,” tulis seorang lagi netizen.
“Adab zero lah, tak pernah belajar adab kot,” ujar warganet.
Sumber: Facebook
Must-Watch Video