Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Kevin Jonas Hidap Barah Kulit, Selamat Menjalani Pembedahan Buang Sel Di Dahi

Amri Hassan 13/06/2024 | 01:26 MYT
Ahli kumpulan Jonas Brothers, Kevin Jonas telah menjalani pembedahan membuang bintik seakan-akan tahi lalat yang merupakan sel kanser pada wajahnya.
Berkongsi perkara terbabit menerusi hantaran di Instagram, kata Kevin, pihak perubatan telah menemui sel basal karsinoma iaitu sejenis kanser kulit yang tumbuh pada sebelah sisi kanan dahinya.
"Jadi saya telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sel basal karsinoma dari kulit di bahagian dahi saya.
"Ya itu adalah kanser kulit kecil yang sebenarnya sudah mulai tumbuh, jadi saya perlu membuangnya," katanya.

BERITA TRENDING: Alami Kecelakaan di Set Penggambaran, Nick Jonas Dikejarkan Ke Hospital

BERITA TRENDING: Sembilan Bulan Berdiam, Joe Jonas Akhirnya Buka Mulut!

BERITA TRENDING: Bintang Filem Nang Nak, Winai Kraibutr Meninggal Dunia Kerana Kanser

BERITA TRENDING: Kate Middleton Hidap Kanser, Mulakan Rawatan Kemoterapi

Kevin, 36, turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor dan pakar.
"Baiklah, saya sudah selesai pembedahan. Sekarang waktu untuk penyembuhan.
"Pastikan untuk memeriksa tahi lalat yang tumbuh pada kulit kalian," tambahnya.

A post shared by Kevin Jonas (@kevinjonas)

Sel basal karsinoma (BCC) adalah sejenis barah kulit yang paling kerap terjadi dalam kalangan manusia berkulit putih.
BCC biasanya tidak mengancam nyawa tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan yang signifikan, terutamanya pada wajah.
Untuk rekod, selain Kevin, model Amerika Syarikat, Christie Brinkley juga pernah memaklumkan dirinya dikesan punyai sel basal karsinoma sebelum ini.

BERITA TRENDING: 3 Tahun Selepas Perkahwinan Bernilai RM3.3 Juta, Khabar Angin Dakwa Priyanka Chopra & Nick Jonas Berantakan?

BERITA TRENDING: Priyanka Chopra Menangis Dikritik Bentuk Badannya Tidak Layak Dicontohi

#Penyanyi #Viral #Kanser #Jonas Brothers #Kulit #BCC #Kevin Jonas #Sel Basal Karsinoma #Tahi lalat
;