Hiburan
Khunsa: “Nasib Baik Dia Tak Melatah” - Ketuk Kepala Azhan Rani, Sherry Alhadad Menggigil
Pelakon, Sherry Alhadad memaklumkan telah mendapat keizinan Azhan Rani untuk menjayakan babak mengetuk kepala aktor itu dengan menggunakan senduk kayu.
Menurut Sherry, Azhan sendiri yang mencadangkan untuk mengetuk dibahagian kepalanya supaya babak tersebut kelihatan lebih sempurna.
“Sebelum nak mula, kita akan ada sesi latihan terlebih dahulu. Saya ketuk dia dekat bahu dan yang babak sumbat makanan dalam mulut itu dalam skrip memang ada.
“Bila saya ketuk sudip kayu itu di bahu, selepas habis sesi latihan, Azhan Rani cakap kalau ketuk bahagian bahu orang tak nampak, ketuk dekat kepala.
“Jadi dengan keizinan tuan badan saya ketuk. Sebenarnya ketuk sekali sahaja, tapi tak tahu bila berlakon tiba tiba naik syeikh, saya terketuk tiga kali,” katanya kepada Gempak.
Sherry berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan program hari raya Astro, baru-baru ini.
BERITA TRENDING: Kening Halus Sherry Alhadad Trademark Khunsa! - "Cerita Ini Bermain Dengan Zaman"
Mengigil lepas ketuk kepala Azhan Rani
Bagaimanapun kata Sherry, dia sedikit menggigil selepas selesai melakonkan babak tersebut kerana tidak pernah membawakan watak antagonis sebelum ini.
“Saya tak perasan, bila tengok dekat tv baru saya cakap ya Allah tiga kali saya ketuk dia dan Azhan Rani pula melatah. Nasib baik masa berlakon dia tidak melatah.
“Masih lagi dalam karakter dan selepas cut yang pertama saya terus mengigil sebab saya tak pernah bawa watak ni.
“Yang kedua sebab saya terpaksa pukul kepala Azhan Rani dan kerana dia adalah seorang profesional, dia kata tak apa Sherry kita hanya berlakon,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Khunsa: Sherry Ketuk Kepala Azhan Rani Pakai Senduk Kayu, Suami Jadi Bodoh Kena Sihir!
Terdahulu, babak lakonan Sherry dan Azhan dalam drama rantaian popular, Khunsa itu merupakan antara yang menjadi tular di media sosial.
Khunsa dilakonkan oleh Azhan Rani, Sherry Alhadad, Farah Ahmad, Nadia Aqilah dan ramai lagi.
Saksikan Khunsa yang merupakan arahan Shahrulezad Mohameddin ini setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan On Demand.
BERITA TRENDING: Khunsa Dapat Sokongan JAKIM, Shahrulezad; "Ini Bukan Isu Transgender, Bukan Isu LGBT!"
Sinopsis Khunsa
Khunsa mengisahkan kehidupan Wan Jusoh yang tidak boleh menerima takdir dengan kelahiran anak bongsunya sebagai khunsa telah memilih untuk membesarkan anaknya itu sebagai seorang lelaki.
Namun, Che Khun membesar dan cemderung kepada sifat kewanitaan menjadikan Wan Jusoh marah dan sering memarahinya.
Kehadiran Zaiton yang kini menjadi ibu tiri kepada mereka sering memperlakukan mereka dengan teruk.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menetukan jantinanya secara membabi buta.