Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Lagi-lagi cincin berlian yang dianggap salah satu perhiasan yang banyak digunakan sebagai lambang keindahan, kemewahan, dan keabadian.
Proses pembentukannya yang lama membuat berlian menjadi batu permata yang ‘limited’ dan memiliki harga yang mahal.
BERITA TRENDING: THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel
BERITA TRENDING: Ini 5 Karya Kisah Adik-Beradik Paling Ikonik Yang Wajib Anda Tonton!
Jom tengok lima cincin berlian termahal di dunia dan kisah disebaliknya.
The Pink Star
Salah satu cincin berlian termahal di dunia merupakan The Pink Star. Berlian ini diperbuat daripada berlian merah jambu 59.60 karat dan dijual pada harga RM307.8 juta (USD71.2 juta) dalam satu lelongan Sotheby’s di Hong Kong pada April 2017.
Cincin yang dikatakan bertatahkan berlian paling sempurna itu dibeli jutawan terkenal Hong Kong, Chow Tai Fook dan kini dijenamakan semula dengan nama CTF Pink mengambil sempena nama syarikat jutawan berkenaan.
Warna merah jambu intens dari The Pink Star memberikan pesona tak tertandingi yang jarang ditemukan pada berlian lainnya.
The Oppenheimer Blue: Biru Eksklusif
Satu lagi cincin yang turut menjadi buruan hartawan dunia ialah cincin Oppenheimer Blue Diamond dimana warna birunya bersinar dengan eksklusifnya.
Cincin berlian termahal itu dijual pada harga RM249.44 juta (USD57.7 juta) di pusat lelongan Christie’s Geneva pada Mei 2016 kepada seorang pembeli misteri.
Bagaimanapun, selain kesempurnaan potongan sesuatu berlian itu, harga sebentuk cincin juga ditentukan berdasarkan nilai sejarahnya termasuk empat cincin ini yang diselubungi pelbagai misteri.
The Cullinan Dream
Cincin ini diukir dari berlian biru yang jarang ditemukan dengan berat mencapai 24.18 karat. Pada tahun 2016, cincin ini dilelong dengan harga lebih dari RM118.09 juta (USD25 juta).
Cincin berlian ini diberi nama sebagai ‘Cullinan Dream’ untuk menghormati Cullinan, yang juga adalah nama lombong di Afrika Selatan di mana tempat berlian tersebut ditemukan.
The Blue Moon Diamond (Berlian Bulan Biru)
Cincin ini diukir dari berlian dengan warna biru muda dengan beratnya mencapai 12.03 karat. Pada tahun 2015, cincin ini terjual dalam lelong bernilai lebih dari RM226.72 juta (USD48 juta).
Cincin ini diberi nama ‘Blue Moon’ disebabkan keberadaan berlian biru muda yang sangat jarang dijumpai dan kerap digunakan dalam metafora iaitu ‘once in a blue moon’.
Cincin Keluarga Lima Gading
Kalau nak tahu, dalam filem aksi heist, The Experts pun ada satu cincin yang menjadi punca lima beradik perlu melakukan jenayah. Cincin pusaka itu merupakan milik keluarga Lima Gading dan sepatutnya menjadi milik Bashir (lakonan Tony Eusoff).
Lima beradik iaitu Farid (Aaron Aziz), Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dapdap) perlu melakukan satu rompakan bagi mendapatkan cincin tersebut.
Berjaya atau tidak rompakan itu? Kenalah tonton filem The Experts!
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Sumber - Passion Jewelry