Berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts terus menjadi bualan hangat di media sosial.

Pelakon The Experts baca komen

Istimewa untuk kali ini, pelokon-pelakon utama The Experts iaitu Mimi Lana, Maya Karin dan Datuk Aaron Aziz tampil membaca sendiri komen yang telah diberikan oleh warganet di media sosial.

Jom kita tengok reaksi dan jawapan pelakon The Experts!

Komen: "Balik-balik suport filem tempatan kalau tak support dituduh makan daging sendiri."

Mimi Lana: "Haritu saya ada baca komen pasal Syafiq Yusof ada komen pasal isu filem Sheriff tak laku kat luar, kalau korang nak tahu di Indonesia mereka lebih support filem lokal mereka daripada filem yang datang dari luar.

Berita Trending: Mimi Lana Ambil Masa Setahun Persiapkan Diri Untuk Filem ‘The Experts’ - “Saya Ada Pergi Kelas ‘Drift’ Sebelum Mula Penggambaran”

"Sebab itu sebagai orang Malaysia saya sangat berbangga dengan peningkatan filem tempatan sebab filem kita dah makin upgrade sepatutnya kita support. Macam mana orang Indonesia boleh buat, macam itu lah orang Malaysia patut buat.

"Kalau anda semua support filem tempatan, kita akan dapat collection yang banyak jadi kita boleh buat filem yang lebih berkualiti. Jadi sokong lah filem tempatan.

Komen: Best bagi kau Zhaf, tak semestinya best untuk orang lain.

Maya Karin: "Maksudnya awak tak suka filem ni ya, tapi tak ulaskan betul-betul apa yang tak best, cakap la lebih sikit.

Berita Trending: The Experts: Dikelilingi Enam Kamera, Kena Menari Tango Depan Lebih 100 Orang, Remy Ishak Kongsi Kisah Sebenar Berlaku Behind The Scene

"Sebenarnya filem seperti ini agak susah untuk dihasilkan kerana perlu banyak research untuk buat skrip, bukannya cerita baling-baling kerusi dan buat lawak bodoh.

"Apa kata panjang tengok lagi sekali mungkin sedikit perhatian mana tahu awak suka.

Komen: The Experts tu buat skit kot aku menguap dengan dialog Aaron Aziz. Hahahah.

Datuk Aaron Aziz: "Taktahu dialog apa yang dia menguap. Awak mesti seorang scriptwriter, hanya scriptwriter je boleh pantau apa yang disebut oleh pelakon.

Berita Trending: Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level…

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Berita Trending: Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Berita Trending: Raih Peratusan Tontonan Tertinggi Sepanjang Ditayangkan, The Experts Meledak Di Johor!

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali