"Kita Hidup Untuk Sukan, Untuk Negara... Keluarga Pun Nombor Dua" - Azizulhasni Awang
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan hidup matinya sebagai seorang atlet demi negara.
Kata Azizul dia telah berusaha sedaya upaya namun kegagalan itu bukan sahaja memberi kesan kepada negara, malah turut memberi kesan mendalam kepada dirinya sendiri.
"Kita hidup memang buat untuk sukan..untuk negara, bahkan saya sendiri pun saya letakkan keluarga saya sendiri nombor dua.
"Apa-apa hidup saya memang sukan dahulu. Saya cuti pun saya buat latihan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Terminal 1.
Azizul yang turut dikenali dengan julukan 'The Pocket Rocketman' itu mengakui sehingga hari ini mental dan emosinya begitu terganggu dek kekecewaan itu.
"Saya jujurnya saya memang begitu sedih dan terlalu kecewa dan emosi saya sampai sekarang juga masih terganggu secara jujurnya.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024 Gagal? Hamidin Minta Semua Pihak Berpijak Di Bumi Nyata
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus Sukar Terima Impian Pingat Berkecai Dalam Beberapa Saat
BERITA TRENDING: Rempuh Shah Firdaus, Ruang Media Pelumba Basikal Jepun Tak Henti Diserang Netizen!
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Kandas Acara Keirin, Ini Penjelasan Azizulhasni Awang...
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Azizulhasni di media sosialnya sebelum ini menjelaskan apa yang berlaku kerana strategi ketika itu adalah untuk mendapat posisi paling hadapan kerana terdapat pelumba front runner di hadapannya yang akan meletakkannya dalam situasi sukar.