Sukan

Olimpik Paris 2024: Kandas Acara Keirin, Ini Penjelasan Azizulhasni Awang...

gempak
Gempak
11/08/2024
01:57 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Kandas Acara Keirin, Ini Penjelasan Azizulhasni Awang...
Malaysia dikejutkan dengan berita penyingkiran jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, seawal pusingan pertama dalam acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
Azizul yang merupakan harapan menggondol pingat emas pertama dalam sejarah negara terpaksa akur dengan keputusan muktamad yang dibuat oleh panel komisar meskipun sudah membuat rayuan penilaian semula sekali gus mengakhiri cabarannya dalam temasya kali ini.

Kandas

Selepas bergelut dengan perasaan yang bercampur baur, The Pocket Rocketman akhirnya bersuara meluahkan rintihannya menerusi platform X miliknya.
Atlet berusia 36 tahun itu menjelaskan terlebih dahulu mengenai perancangan strateginya bersama ketua jurulatih, John Beasley, untuk terus memecut laju demi mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Dibatalkan Penyertaan Dalam Pusingan Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Botswana Cuti Separuh Hari Rai Kemenangan Pingat Emas Sulung Hadiah Dari Letsile Tebogo

ARTIKEL BERKAITAN: Nicol David Beri Kata-Kata Motivasi Buat Dhabitah Sabri - "Bayangkan Kamu Antara 12 Terbaik Dunia, Bangganya Kami Rakyat Malaysia"

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia Sudah Sederet Dengan Juara Dunia" - Jiggy Dedah Dhabitah Video Call Lepas Habis Final, Mengadu Sedih Tak Dapat Hadiahkan Pingat Olimpik Untuk Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

Wakil negara itu turut berkongsi bahawa ada cubaan untuk menghimpitnya ketika melepas selekoh ketiga oleh atlet tuan rumah, Perancis, sebelum mengekori rapat Azizul tatkala sedang bergerak pantas.
Dalam masa sama, anak jati kelahiran Dungun itu juga melontarkan pandangan mengenai kelajuan derny yang bergerak perlahan berbanding kadar kebiasaan sambil tidak bergegas keluar daripada trek selepas selekoh keempat.
Dia bagaimanapun tidak berniat untuk memotong derny sebelum ia keluar atas faktor Perancis melakukan himpitan dan terkejut dengan kelajuan derny sebelum mengakui tidak sempat untuk cuba memperlahankan basikalnya.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini

Sumber: Stadium Astro, Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live