Laman Utama
"Kita Jaga Kita" - Pelaksanaan PKPB Tak Sukarkan Urusan Kerja Azira Shafinaz
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika ini tidak menyukarkan urusan kerjayanya.
Menurut Azira, jadual kerjanya masih berjalan lancar dengan pematuhan SOP yang berterusan.
"Bagi saya, bekerja ketika pelaksanaan PKPB tidaklah sukar, tambahan lagi saya tidak keluar daerah, jika ada penggambaran di luar daerah, itu mungkin sedikit berbeza.
"Setakat ini semuanya berjalan lancar dan tiada masalah, tiada kerja yang terhenti cuma memang kena jaga diri sendiri, jaga kebersihan dan patuhi semua SOP yang ditetapkan," katanya.
Azira berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem Penunggang Agama di Puchong, Selangor baru-baru ini.
Tambah Azira, antara usaha yang dilakukan untuk sentiasa mematuhi SOP adalah tidak banyak berkomunikasi dan menjaga jarak antara satu sama lain di set penggambaran.
"Saya juga tidak banyak berkomunikasi dengan orang dan jaga jarak antara satu sama lain di set penggambaran, kiranya saya usaha untuk mencegah penularan COVID-19 selagi mampu, yang penting kita jaga kita," katanya lagi.
Dalam Penunggang Agama, Azira memegang watak sebagai Anna yang berdepan dugaan getir apabila ada anggota keluarganya mengalami gangguan makhlus halus.
Selain Azira, telefilem ini turut menampilkan Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari, ia dijangka menemui peminat pada tahun hadapan.