Laman Utama

KKM Sahkan Voice Note Penularan Wabak Baharu Sampai Katil Hospital Penuh Tidak Benar

Izwan Isa
04/12/2023
02:55 MYT
Sponsor Banner
KKM Sahkan Voice Note Penularan Wabak Baharu Sampai Katil Hospital Penuh Tidak Benar
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan rakaman voice note yang mendakwa berlakunya penularan wabak baharu selain katil wad hospital penuh adalah tidak benar.
Menerusi satu kenyataan, KKM turut menafikan rakaman sama yang turut mengatakan kes kematian di luar hospital atau brought in dead (BID) semakin meningkat.

BERITA TRENDING: “Boleh Menyebabkan Radang Otak”- Minta Ambil Vaksin, Dr Izzar Kongsi 3 Musim Influenza Dalam Setahun

Menurut kenyataan itu, rakaman suara berkenaan pernah tular pada tahun 2021 dan diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.
“Terdapat satu rakaman ‘voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.
“Ia juga mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes BID, serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu kenyataan sama berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
“Sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, elak 3S dan lakukan ujian Covid-19 jika bergejala

BERITA TRENDING: "Dah Sembuh Pun Tak Payah Lah Nampak Nazak Sangat!" - Bonda Rozita Sound Aliff Syukri!

“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” kata kenyataan itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar