Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Koleksi Raya ‘Cabaya’ Melinda Looi 2024 Beri Tribute Penghormatan Pada Pereka Kebaya

Umirah Halim 20/03/2024 | 12:00 MYT
Pereka fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi telah melancarkan koleksi Raya Melinda Looi 2024 sebagai kapsul penghormatan kepada semua pencipta kebaya.
Selaras dengan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, koleksi yang diberi nama 'Cabaya' ini menonjolkan busana kebaya Melayu tradisional yang diberi sentuhan moden bagi menghasilkan versi kebaya yang lebih kelihatan 'muda'.
Hadir dengan pelbagai gaya dan kombo yang sedia dipakai, koleksi ini menggunakan bahan sejuk seperti campuran kapas tulen, baldu dan renda dan hadir dengan pelbagai warna menarik seperti merah, hijau gelap, hitam dan putih.
Dalam gaya tanda dagangannya, Melinda Looi turut menampilkan gabungan cetakan dalam koleksinya, menambah setemnya pada fesyen Malaysia yang abadi dan klasik.
Selain itu, pada kali ini Melinda Looi turut mempersembahakan rangkaian Mell by Melinda Looi, hasil sentuhan tiga pereka muda, Fara Riad dan Tan Yen Li yang dibawah pengawasan Melinda Looi.
Dipanggil Mell Raya Asal Usul, rekaan ini telah menampilkan fokus perspektif yang romantis tentang aspek kehidupan seharian.
Bagi koleksi ini, anda akan menemui rekaan lipatan yang digabungkan ke dalam siluet kebaya tradisional, serta cetakan dengan rekaan uniseks berlipat dan berbutang pada bahagian atas baju bagi memberikan keselesaan pada musim Raya ini.
Secara eksklusif, para pengunjung boleh mendapatkan koleksi baju raya Melinda Looi hanya di kedai Parkson Pavillion (Tahap 4), Melinda Looi Concept Store di eslite spectrum @ Starhill KL, dan Sogo KL atau boleh membuat pembelian di dalam talian di www.melindalooi.com.

Berita Trending: Rekaan Baju Hasil Gabungan Karya Ibu & Anak, Melinda Looi Bangga Pamer Koleksi Maya Luebebert…
Berita Trending: Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda…
;