,
Hiburan

Kongsi Tips Berumah Tangga Dengan Lelaki Duda, Watie Hanifiah Kata Isteri Perlu Ada Pemikiran Positif - “Kena Tahu Dulu Apa Yang Kita…”

Asyikin Mayudin
20/10/2024
02:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan dan pempengaruh media sosial, Watie Hanifiah berkongsi tips berumah tangga dengan seorang lelaki berstatus duda.

Kunci utama

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie memberitahu kunci utama dalam perkahwinan adalah kesabaran dan kena sentiasa beringat bahawa segala-galanya di dunia ini adalah milik Allah.

“Tips dia, kena tahu dulu apa yang kita pilih. Kalau itu adalah pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar. Kalau ada benda terasa cepat-cepat baca selawat.

“Cakap dalam diri, ‘tak apalah dunia hanya pinjaman. Hidup, hati dan perasaan manusia ini Allah yang punya’.
“Kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita dan suami, jadi tetap tak ada apa juga yang ditinggalkan,” kongsi Watie.

Pemikiran positif

Di samping itu, Watie juga menegaskan pentingnya para isteri untuk memiliki pemikiran positif agar dapat merasai kebahagiaan bersama suami.

“Kalau kita berfikiran baik, Insya-Allah ganjaran yang baik Allah beri. Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah..apa yang kita dapat?

“Mood tak happy, hari-hari yang kita nak lalui pun kita takkan rasa gembira,” katanya lagi.

Jangan layan emosi

Menurut usahawan berusia 36 tahun itu, terasa hati dengan pasangan merupakan sesuatu perkara biasa namun tidak boleh terlalu melayan emosi tersebut.

“Selain itu, doa juga menjadi antara petua kebahagiaan hidup berumah tangga. Nak terasa tu boleh, tapi cepat-cepat pujuk hati dengan berkata,’tak apalah semua pun Allah punya.’ Dia boleh bagi, Dia boleh ambil.

“Yang penting kita kena selalu doa, minta dekat Allah. Semoga Allah beri kita rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak..untuk kita dan begitu juga kita kepada mereka,” ujarnya.
Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Bersyukur Shuib Tambah Duit Nafkah Lepas Kes Fattah-Fazura - “Walaupun Bini Tak Pernah Mengadu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Gagal Bayar Cukai Perkhidmatan RM1.6 Juta, Shuib & Pengarah Bubblebee Didakwa 6 Pertuduhan

gempak
14/11/2024
06:25 MYT
Pelawak terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan tidak membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti bernilai RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), tahun lalu.
Unitar