Hiburan

Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”

gempak
Mya Amri
17/09/2024
03:20 MYT
Sponsor Banner
Ada Sebab Watie Lebih Suka Bercuti Bawa Anak-Anak - “Mummy Pula Hati Tisu, Dapat Mesej Begini Pagi-Pagi…”
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mempunyai sebab tertentu lebih gemar bercuti sambil membawa anak-anak.

Hati tak senang tinggal anal-anak

Watie berkongsi perkara itu menerusi satu coretan panjang di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Watie, hatinya berasa tidak tenang sekiranya anak-anak tiada di sisinya untuk tempoh waktu yang lama.
“Antara sebab kenapa kalau boleh bila berjalan Mummy nak bawak anak-anak bersama. Mummy pulak sejenis hati tisu.

“Dapat mesej begini pagi-pagi terus berfikir sepanjang jalan. Lepas tu Mummy pulak tak boleh kena tinggal dengan Daddy.

“Membontot sahaja kerjanya. Terpaksalah tinggal anak-anak. Inilah anak yang hari-hari mesti tanya, Mummy lagi sayang siapa.
“Siapa anak fav Mummy. Letih Mummy nak explain yang mak ayah ni tiada istilah ada anak fav, mesti kena sayang semua sama rata, tak ada lebih tak ada kurang,” coretnya.

Syukur anak-anak memahami

Dam pada itu, Watie juga memberitahu dia juga seorang yang garang sama seperti ibu-ibu lain namun bersyukur kerana anak-anak amat memahaminya.

“Pada yang tanya Mummy tak pernah marah ke, tak pernah garang ke. Mummy garang juga, anak-anak pun tahu.

“Tapi Mummy bersyukur sangat-sangat sebab anak-anak boleh bezakan bila yang Mummy perlu garang macam mak-mak lain.

“Bila yang Mummy akan manjakan diorang, bila Mummy perlu jadi kawan dan bila yang Mummy pun kadang jadi kanak-kanak macam anak-anak,” jelasnya.

Mahu berusaha menjadi ibu yang terbaik

Dalam hantaran yang sama, Watie turut meluahkan isi hatinya menjadi seorang ibu selepas berkahwin dengan Shuib.
Kata Watie, dia banyak belajar tentang kasih sayang daripada suaminya dan akan berusaha menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anak.

“Mummy banyak kekurangan, kadang-kadang Mummy rasa Mummy tak pandai macam mak-mak lain dalam mendidik supaya anak-anak jadi anak yang pandai.

“Tapi Mummy belajar banyak dari Daddy bab kasih sayang. Daddy selalu cakap bila anak penuh kasih sayang, insya-Allah dia akan jadi anak dan orang yang baik.

“Sebab dalam hidup ni menjadi orang yang punya hati baik adalah lebih baik dari yang selainnya,” coretnya.
Berikut merupakan hantaran penuh Watie tentang anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN:Shuib Buat Kejutan, Watie Hanifiah Menjerit Kegembiraan Dapat Sejambak Bunga Ros - “Selalu Dia Bagi Sekuntum, Tapi Kali Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN:Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

ARTIKEL BERKAITAN:“Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’

ARTIKEL BERKAITAN:Shuib Menangis Talita Datang Haid Di Usia 11 Tahun - “Anak Perempuan Daddy Dah Jadi Anak Dara”

ARTIKEL BERKAITAN:Arwah Siti Sarah Muncul Dalam Mimpi, Watie - “Tak Sangka Tiba-Tiba Ada Rasa Cemburu”

Sekadar info, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.
Sebelum itu, Shuib berkahwin dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah pada 2011.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live