Hiburan
Kongsi Video Bersama Keluarga, Netizen Tumpang Gembira Lihat Kebahagiaan Nynaa Harizal - “Dua Dah Anak…”
Sepotong video yang dimuat naik pelakon Nynaa Harizal memaparkan momen dirinya bersama keluarga berjaya menyorot perhatian netizen baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Hariza sedang tersenyum sambil mendukung anak keduanya.
“#familyguy,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen beserta emoji hati.
@nynaaharizal_ ❤️ #familyguy ♬ suara asli - Sagala Musik
Netizen tumpang gembira
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kebahagiaan bekas peserta Dewi Remaja 2019 bersama keluarganya.
Malah, ada juga yang terkejut apabila mengetahui Nynaa sudah mempunyai dua orang cahaya mata.
“Nynaa anak dah 2 ya, suka betul awak berlakon awak comel sangat.
"Lah dah dua dah anak. Tak tahu pun, semoga berbahagia selalu.
“Alhamdulillah anak dua dah moga terus bahagia,” komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Nafi Kemelut Rumah Tangga Sebagai Gimik, Nynaa Harizal Harap Hubungan Bersama Keluarga Kembali Normal
ARTIKEL BERKAITAN: Throwback Gambar Kahwin, Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami – “Allah Answered My Prayer…”
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Imbas semula, sebelum ini, kisah rumah tangga mereka pernah menjadi tumpuan apabila Mohamed Fahmi Ilyas mendakwa isterinya 'dilarikan' bapa mentuanya ketika sedang menjalani penggambaran sebuah drama.
Fahmi juga tidak pasti di mana isterinya berada tetapi mengesyaki dia bersama keluarganya di Johor.
Nynaa kemudiannya memfailkan perceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Pada 11 November, Fahmi yang diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan tuntutan agar isterinya kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.
Krisis terbabit akhirnya sampai ke penghujung apabila kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk berbaik.
Must-Watch Video