,
Laman Utama

“Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon

Mya Amri
23/03/2023
04:50 MYT
Pelakon Nynaa Harizal menafikan akan memperlahankan kerjaya seninya selepas bergelar ahli perniagaan.
Menurut Nynaa, dia hanya mengambil keputusan untuk berehat seketika kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan dan juga anak sulungnya.
“Tak adalah, saya tidak akan berhenti berlakon, cuma perniagaan adalah sesuatu yang sudah lama saya impikan.
“Buat masa sekarang, fokus saya di sini dahulu, berehat sekejap daripada dunia seni.
“Saya akan kembali, tetapi biarlah masa yang menentukan kerana selain perniagaan saya juga perlu memberikan sepenuh perhatian kepada puteri saya, Zara Arianaa.
“Zara masih kecil dan sudah tentu dia memerlukan perhatian secukupnya daripada saya. Insya-Allah jika semuanya dah betul-betul teratur nanti saya akan kembali semula ke set penggambaran,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Nynaa juga turut mengulas mengenai desas-desus tentang suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas yang dikatakan tidak membenarkan dia kembali berlakon.
“Saya akan pujuk suami saya kemudian. Buat masa sekarang saya fokus pada anak dan perniagaan dahulu, lepas pujuk nanti mesti dia benarkan saya kembali,” ujarnya ketawa.
Nynaa berkata, dia juga telah menolak beberapa tawaran berlakon kerana mahu memberi keutamaan kepada dua perkara tersebut.
Dalam perkembangan lain, Nynaa kini membuka langkah sebagai usahawan dalam bidang kosmetik dan memperkenalkan produk rawatan bibir intensif pertamanya, Fire & Ice Lip Booster Serum.
Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Suami Nafi Kemelut Rumah Tangga Sebagai Gimik, Nynaa Harizal Harap Hubungan Bersama Keluarga Kembali Normal

gempak
21/01/2022
01:30 MYT
Semoga semuanya baik-baik sahaja
Laman Utama

Throwback Gambar Kahwin, Nynaa Harizal Bersyukur Kembali Kepada Suami – “Allah Answered My Prayer…”

gempak
02/12/2021
02:51 MYT
Jangan gaduh-gaduh lagi k...
Laman Utama

“Finally It's Over”- Tiada Isu Nusyuz, Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami , Rumah Tangga Berjaya Diselamatkan!

gempak
01/12/2021
05:40 MYT
Alhamdulillah
Laman Utama

“Kalau Betul Nak Cerai Buat Cara Baik” - Suami Nynaa Harizal Dakwa Ada Pihak Ketiga Yang...

gempak
22/11/2021
00:07 MYT
Moga ada jalan!
Laman Utama

“Dakwaan Ibu & Bapa ‘Menculik’ Saya, Tidak Tepat!"– Nynaa Harizal Harap Suami Dapat Lepaskannya Dengan Cara Baik

gempak
18/11/2021
03:57 MYT
Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik...
Unitar