Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kongsi Video Mesra Dengan Keluarga, Netizen Tanya: “Macam Mana Nak Ada Hati Baik Macam Kak Abby Ni?”

Gempak 21/04/2024 | 03:25 MYT

Polemik keluarga yang tercetus antara Abby Abadi, Norman Hakim dan anak mereka, Marissa Dania meraih perhatian yang cukup besar dalam kalangan netizen.

Apatah lagi selepas masing-masing dilihat telah berdamai dengan takdir, ramai dalam kalangan netizen turut berkongsi rasa gembira menyaksikan perubahan tersebut.

Video

Hal itu boleh dilihat menerusi perkongsian video terbaharu yang dimuat naik oleh Abby menerusi Instagram.

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Assalamualaikum. Apa khabar hari ini? Raya lagi? Ni dekat rumah Papa Mummynya semalam. Meriah nau sampai tak tahu nak edit video macam mana. Masuk yang ni dululah. Tanda kuatnya kasih sayang antara kami, Lillahi Taala.
“Mohon doa kalian ye. Biar kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Amin.
“Percayalah esok hari lebih baik. Insya-Allah semoga yang baik-baik Allah izinkan untuk kita semua. Untuk awak, untuk saya, untuk anak-anak kita semua,” tulis Abby.

Baik hati

Menerusi ruangan komen, ada yang memuji kekuatan dan kebaikan hati budi Abby Abadi dalam mengharungi hal-hal kurang enak melibatkan keluarganya sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, kecoh apabila anak Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga secara ‘kahwin lari’ di Thailand bersama lelaki bernama Aslam.
Sungguhpun pelbagai isu timbul daripada berita itu, namun, hubungan kekeluargaan mereka kembali terjalin apabila Abby memuat naik video bertemu dengan menantunya pada hari raya lalu.
Sumber: Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Bertemu Aslam, Netizen: “Sebak Memang Sebak, Dalam Masa Sama Aku Kesian Dekat Bini Pertama”

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akui Khilaf - “Ini Adalah Jalan Yang Saya & Aslam Pilih…”

#Abby Abadi #Memey Suhaiza #Norman Hakim #Marissa Dania Hakim #Aslam
;