Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Kontroversi 'Hot Daddy', Sajat Anggap Memalukan Islam - "Kalau Aku Jijik, Jijik Lagi Yang Straight ..."

Firdaus 11/02/2024 | 01:01 MYT

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian netizen setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi di aplikasi X.

Dalam entri tersebut, Sajat menyelar tindakan golongan heteroseksual yang terlibat dalam video lucah ‘Hot Daddy’ kerana disifatkan sebagai memalukan Islam.

BERITA TRENDING: Sajat Dedah Diri Hidap Kanser? - "Kalau Tiba-Tiba Saya Senyap, Maksudnya..."

“Kalau aku jijik, jijik lagi yang straight bagai. Kalau pondan berani, berani lagi yang straight buat bukan-bukan, MEMALUKAN ISLAM!” getusnya.

Dalam pada itu, Sajat juga seolah-olah menyalahkan golongan heteroseksual berkaitan bencana alam yang berlaku di Malaysia.
“Patutlah macam-macam bencana berlaku dekat Malaysia tu! Laknatullah! Putar balik ayat yang dulu bagi dekat aku, sekarang korang makan balik dan hadap ayat tu,” tambahnya lagi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah ke ruangan balas posting berkenaan, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sajat, serta beranggapan bahawa bencana yang berlaku tiada kaitan dengan seksualiti seseorang individu.
Sekadar info, isu ‘Hot Daddy’ atau nama sebenarnya Ikhwan Arif baru-baru ini tular di Malaysia kerana didakwa merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X.
Ikhwan dituduh mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Sumber: Aplikasi X

#Viral #Netizen #Islam #sajat #Hot Daddy
;