Hiburan

Sajat Dedah Diri Hidap Kanser? - "Kalau Tiba-Tiba Saya Senyap, Maksudnya..."

Amri Hassan
25/01/2024
08:42 MYT
Usahawan kosmetik, Nur Sajat mengumumkan dalam satu siaran langsung di TikTok bahawa dirinya menghidapi sakit kanser.

BERITA TRENDING: Sajat Hilang Kata-Kata, Menangis Dapat Kiriman Kain Batik & Baju Kurung Dari Ibunya

Pendedahan Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, yang sedang sakit dan menunggu ajal turut meraih simpati orang ramai.
"Saya sebenarnya sakit, sakit kanser.
"Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang," katanya.

PILIHAN PEMBACA: “Ayah, Ampunkan Ajad…” - Sajat Sebak Lihat Bapa Yang Sakit Terima Kerusi Roda Pemberiannya

Sajat menambah bahawa peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpa dirinya.
"Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok.
"Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi," katanya sambil menangis di siaran langsung terbabit.
Untuk info, Nur Sajat kini menetap di Australia dan boleh dikatakan rata-rata rakyat Malaysia masih mengikuti perkembangan hidupnya menerusi media sosial kerana gelagatnya mencuit hati ramai orang.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Harap Keturunan Awak Tak Menjadi Macam Saya” - Sajat

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).