“Kos Syarikat Tanggung” - Miti Wajibkan Kilang PKPD Selangor Buat Saringan Covid-19 Sebanyak….
Menerusi pengumuman dibuat di Twitter itu, Miti menyatakan ujian harus dilakukan dengan menggunakan alat ujian cepat (RTK) dan hanya pekerja yang diuji negatif akan diizinkan bekerja.
“SOP Sektor Pengilangan & Pembuatan PKPD terkini (7 Jul 2021) mewajibkan ujian ???? ??? ??? ???? ???????? bagi kesemua pekerja.
“Langkah ini selain dapat mengenalpasti kes COVID-19 akan memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja,” kata pengendali akaun tersebut.
Tambah Miti, syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya menanggung kos saringan tersebut.
Malah, syarikat juga mesti melaporkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat jika lebih daripada lima peratus tenaga kerja mereka tidak bekerja kerana demam atau gejala Covid-19 yang lain.
Anda boleh lihat pengumuman berkenaan di bawah.
SOP Sektor Pengilangan & Pembuatan PKPD terkini (7 Jul 2021) mewajibkan ujian ???? ??? ??? ???? ???????? bagi kesemua pekerja.Langkah ini selain dapat mengenalpasti kes COVID-19 akan memastikan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan ke tempat kerja. pic.twitter.com/dlo3NAqKe3— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) July 8, 2021
Sekadar info, kluster tempat kerja merangkumi 16 peratus dari semua kes Covid-19 di Malaysia dari 1 Jun hingga 1 Julai.