Laman Utama

KPN Bidas Warganet Dakwa Polis ‘Double Standard’! – “Kami Siasat Semua…”

Fiza Kamarudin
30/03/2021
23:20 MYT
Sponsor Banner
KPN Bidas Warganet Dakwa Polis ‘Double Standard’! – “Kami Siasat Semua…”
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador membidas tindakan segelintir warganet yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan (double standard) terhadap orang kenamaan (VVIP) melanggar SOP dalam penganjuran sesuatu majlis besar termasuk majlis perkahwinan.
Hamid berkata, siasatan tetap dijalankan bagi memastikan tidak ada VVIP atau sesiapa sahaja melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang ditetapkan.
“Macam-macam dia orang kata polis…Tak ambil tindakan bila VVIP hadir ke majlis kahwin itu, majlis kahwin ini. Letihlah kita orang. Letihlah benda-benda macam ini.
“Kalau nak layan dalam media sosial, ada yang kata biarlah dia nak anjurkan majlis, kalau tak nanti peramu saji tidak ada bisnes, perancang perkahwinan tak ada bisnes, sikit-sikit itu adatlah, satu pihak lagi bertentangan pula pendapat mereka,” katanya pada sidang media Khas di Bukit Aman.
Isnin lalu, polis telah memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti tempatan terkenal, Neelofa, berikutan dakwaan majlis tersebut melanggar SOP Covid-19.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran majlis tersebut.
Hamid turut mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP supaya apa juga dilakukan selamat.
Sumber: FMT
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar