Viral
Kritik Orang Bersenam Tapi Tak Jaga Perihal Agama, Ini Reaksi Netizen
Seorang pengguna TikTok menuai respons orang ramai setelah dirinya mengkritik sikap segelintir pihak yang bersenam tanpa menjaga aurat.
Menerusi video berdurasi satu minit itu, dapat didengari individu berkenaan menilai sikap manusia yang dianggap memandang remeh hukum agama demi melakukan senaman untuk menjaga kesihatan.
BERITA TRENDING: Tukar Lampin Bayi 2 Kali Sehari, Individu Bergelar Ibu Teruk Dikritik Warganet - “Sanggup Biarkan Bayi…
“Hari ini ramai orang nak sihat, tapi sebenarnya sihat itu datang daripada Allah SWT, tak salah nak jaga kesihatan, tapi hari ini ramai umat Islam tak jaga aurat.
“Walaupun mereka bertudung tapi pakaian mereka ketat-ketat, Allahuakbar. Dan sebenarnya ramai yang tidak solat,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Entri yang dimuat naik semula di Platform X itu mendapat reaksi netizen di mana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap individu berkenaan yang dianggap suka menghukum orang lain tanpa usul periksa.
“Ini contoh orang yang menyibuk. Berlakon sempurna, tapi suka kacau orang lain.”
“Ujian buat dia ni. Impian untuk melangkah ke syurga mungkin kena kait jatuh ke neraka bila lalu titian sirat sebab tuduh orang tak solat.”
“Kepada yang merakam, tak perlu kau sibuk-sibuk nak buat kerja Tuhan menilai orang sana sini. Buang masa. Sebab kerja kau mengabdikan diri hanya pada Allah.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tular itu meraih hampir 500,000 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka di Platform X.