Viral

Tukar Lampin Bayi 2 Kali Sehari, Individu Bergelar Ibu Teruk Dikritik Warganet - “Sanggup Biarkan Bayi Terseksa…”

gempak
Firdaus
19/02/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Tukar Lampin Bayi 2 Kali Sehari, Individu Bergelar Ibu Teruk Dikritik Warganet - “Sanggup Biarkan Bayi Terseksa…”
Seorang wanita bergelar ibu diserang warganet selepas memuat naik komen tentang lampin bayi di sebuah platform beli belah atas talian.
Menerusi komen wanita itu, dirinya mendedahkan hanya menukar lampin bayi sebanyak dua kali sehari sambil memuji keberkesanan jenama lampin tersebut.

BERITA TRENDING: Izara Aisyah Kongsi Nama Anak, Netizen Puji: - “Indahnya Nama"

“Ruam makin kering dan baik, sampai lah sekarang umur nak dekat empat bulan masih pakai jenama ni, jimat pun ye sebab satu hari guna dua keping je, pagi dan petang je tukar, tak bocor dan tak ruam pun,” tulisnya.
Susulan kenyataan yang dibuat, netizen mengkritik sikap ibu berkenaan yang dianggap pengotor dan tidak peka dengan kebersihan bayi.
“Tahu lah jenama ni mahal, tapi agak-agak lah dua kali sehari je tukar lampin. Patut pun punggung anak tu ruam,”
“Sanggup biarkan bayi terseksa dengan lembap kencing asalkan tak membazir duit kena beli lampin. Dah beli lampin mahal, lagi susah lah nak kerap tukar lampin bayi,”
“Dua kali je tukar?! Mak pengotor. Kadang-kadang jumpa ibu bapa biar je lampin anak sampai kembung, tak kasihan ke dekat budak tu. Kita yang ada period ni pun kena kerap tukar apatah lagi budak yang berlampin."
Dalam pada itu, ada juga warganet sempat berkongsi pengalaman menjadi pengasuh dan terpaksa berhadapan dengan ibu bapa yang tidak mengendahkan kebersihan bayi.
Setakat artikel ini ditulis, muat naik itu meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 2,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live