HOLLYWOOD
Kubur Michael Jackson Kosong, Ibu Bimbang Mayat Dicuri
Kubur lagenda raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.
Memetik laporan Aceshowbiz, pihak keluarga Michael Jackson memang sengaja merahsiakan makam pelantun hits Beat It itu.
Ibunya, Katherine, mendedahkan mayat Michael Jackson tidak ada di dalam peti mati saat dimakamkan pada tahun 2009.
Menurut sumber yang memberitahu Radar Online, ramai menyangka tubuh Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn, namun sebenarnya tidak.
"Semua orang menyangka Michael Jackson dikubur di Forest Lawn, tapi tidak.
Keluarga merahsiakannya atas alasan keselematan, dan untuk mengabulkan permintaan Michael.
"Tapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya," katanya.
Menurut sumber yang sama, Katherine bimbang mayat Michael dicuri.
"Keluarga bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri 'tubuh' Michael," katanya lagi.
Abu Michael Jackson dipercayai dikuburkan di bawah pohon pear, yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California.
Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga mengenai berita ini.
Michael Jackson disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sadarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.
Sumber: Aceshowbiz
Must-Watch Video