Hiburan

"Kulit Saya Sensitif, Saya Tak Mahu Tipu...." - Amira Othman Enggan Berbohong

Azwa Rahman
02/05/2019
10:03 MYT
Sponsor Banner
"Kulit Saya Sensitif, Saya Tak Mahu Tipu...." - Amira Othman Enggan Berbohong
Penyanyi, Amira Othman mengakui kerana kulitnya yang sensitif membuatkan dia sentiasa berhati-hati memilih produk penjagaan kulit.
Menggemari alat solek dan sering memakai solekan dalam aktivit hariannya, ia membuat kulitnya didatangi ruam-ruam kecil.
“Sebelum ini saya sampai berjumpa dengan doktor dan makan ubat. Kini rutin harian penjagaan wajah saya berubah.
“Saya hanya perlu menggunakan pencuci wajah dan menggunakan SkinGO serta krim tabir suria sebelum mengenakan solekan”, jelasnya ketika ditemui ketika majlis pelancaran produk esen SkinGO.
Selaku wajah bagi produk SkinGO, sudah tentu Amira perlu mencuba produk ini terlebih dahulu bagi mencari keserasian.
“Sebelum bersetuju menerima lamaran ini, saya ambil beberapa sampel produk dan cuba sendiri selama tiga minggu.”
“Of course, saya tak mahu tipu followers. Apa yang boleh saya katakan, produk ini memberikan kesan yang baik pada wajah saya”, jelasnya lagi.
SkinGO merupakan esen yang mengandungi bahan aktif galactomyces bertujuan mengecilkan pori-pori wajah.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024